Berapa umur kucing korang?

Mungkin ada antara pemilik kucing selalu tertanya-tanya, kucing boleh hidop sampai berapa lama. Kalau yang dah lama bela kucing, mesti terpikir berapa lama lagi si comel ni boleh temankan kita

Umur maksima kucing

Kebanyakan kucing dapat mencapai umur sampai 11 hingga 12 tahun. Kucing yang dibela dalam rumah (Indoor) selalunya berpeluang hidupp lebih lama berbanding kucing yang dibiarkan hidup luar rumah (Outdoor). Terbukti dalam rekod, kucing indoor dapat mencapai umur 16 hingga 20 tahun. Kalau kucing outdoor pulak secara purata sekitar 8 tahun.
Dari segi pemakanan pulak dan cara hidup pulak, bagi kucing yang diberi makan kat rumah dan dibiarkan hidup bebas outdoor berpeluang hidup lebih lama berbanding kucing outdoor yang mencari makanan sendiri.

Umur kucing berbanding umur manusia

Ada beberapa versi cara pengiraan. Kat sini admin tunjukkan cara kira umur tuhh

1 tahun pertama, kucing sama dengan manusia usia 15 tahun. Tahun berikutnya pulak 1 tahun umur kucing  sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau kucing berumur 7 tahun, sama dengan manusia berumur 15 + (6 x 4)=15 + 24= 39 tahun.

1 tahun umur kucing = 6 tahun umur manusia. Jadi bila kucing berumur 7 tahun, bermaksud sama umur laa dengan orang berumur 42 tahun.

Ada jugak yang kata 1 tahun pertama, kucing setara dengan manusia umur 20 tahun. Tahun berikutnya 1 tahun usia kucing  setara dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau kucing berumur 7 tahun, sama dengan manusia berumur 20 + (6 x 4)=20 + 24= 44 tahun.

Tapi admin lebih suka refer chart nih je:


Ape2 pon, cuba laa bagi makanan yang terbaik untuk kucing kita. Pastikan jugak deorang ada cara hidop yang sihat. Kucing yang sihat dapat teman kita sampai hujung usia deorang ;)
Berapa umur kucing korang? Berapa umur kucing korang? Reviewed by xtreme_paranoid on 12:01 Rating: 5

6 comments:

  1. Means kucing lebih tua dripada manusia?

    ReplyDelete
  2. Cerita sini habis sini la.kucing tu sebenarnya karnivor,manusia omnivor,tumbuhan ialah herbivor.dengan status yg telah diberikan masing2 kena ada miyotokainosarawadenkete appa cili sama itek.dari jumlah cikgu sarihat atau cikgu norziah kepala king semut api menjayakan seluruh alam menyaksikan kesyahduan bagai tersentuh rasa percaya mistikataliman kallilibanana pimbaibanani mannigohon jugalah.poipah,cendawan ayam,balagen mukannasi musannaki tikanasum metisannakum,see buy fly,see lari,fly mati,split fuh.eh abangcon in buatpe in nah makanisdap.

    ReplyDelete
  3. menyesal aku baca komen kau setan..baca sampai habis pulak tu...macam hare

    ReplyDelete
  4. 🤣🤣

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.