Pengenalan kucing MUNCHKIN

Kucing yang ada kaki sangat pendek. Ini laa ciri paling menonjol untuk kucing Munchkin. Kucng Munchkin jugak adalah satu-satunya kucing di donia ini yang ada kaki pendek dan terkecil. Baka kucing Munchkin nih mulanya dibiakkan pada tahun 1980an. Negara yang mula2 membiakkan baka nih ialah Amareka. Baka Munchkin nih ada yang berbulu pendek dan panjang. Kerana ini juga, takk pelik lah Munchkin dikahwin silang dengan baka2 lain oleh breeder2 terdahulu. Sehingga kini ada berbagai jenis kucing Munchkin hasil perkahwinan silang nih.

NAPOLEON

MINSKIN/BAMBINO

SKOOKUM

GENETTA

LAMBKIN

Nanti admin terangkan jenis2 nih dekat entry/artikel lain.

Kalau mengikut sejarah..sekitar tahun 1944, seorang doktor haiwan yang bernama H.E Williams adalah orang pertama yang jumpa kucing Munchkin nih hidup berkeliaran. Kiranya Munchkin nih memang berasal dari kucing terbiar laa. Menurut doktor ni jugak, secara fizikalnya kucing ni nampak sihat dan aktif. Aktif bergerak macam musang kata doktor tuh. Tapi lepas je Perang Dunia Kedua, kucing2 nih teros tak nampak dari pandangan. Hilang ghaib macam tu jee

Tapi pada tahun 1953, seorang warga Jerman mengatakan bahawa dia ader ternampak seekor kucing yang unik berkaki pendek kat Volgograd, Rusia. Nama lama tempat nih kalau tak silap ialah Stalingrad. Tu kali terakhir orang nampak kucing berkaki pendek, selepas tu berita pasal kucing berkaki pendek nih lenyap sampai 30 tahun. Berita baru pasal kucing berkaki pendek nih muncul semula pada tahun 1983. Kali ni seorang guru muzik pulak yang nampak kucing berkaki pendek. Untuk makluman, sampai tahun 1983..kucing berkaki pendek niih belum dipanggil Munchkin. Guru muzik yang bernama Sandra Honchenedel jumpa 2 ekor kucing berkaki pendek nih tengah menyorok bawah lori sebab kena kejar dengan anjing. Sekor warna kelabu, sekor lagi warna hitam. Sandra selamatkan kedua-dua kucing nih lepas tu dia bawak balik. Mase tu baru dia tahu dua2 kucing nih tengah bunting. Kucing2 nih dinamakan Blackberry dan Blueberry. Nih bukan sempena nama telefon, tapi sempena nama buah. Malaysia xde buah2 nih kecuali kat Giant atau Tesco.

Berbalik cerita kucing nih. Masa dah beranak, beberapa ekor anak Blackberry ada yang berkaki pendek sama macam dia. Salah sekor dipelihara oleh kawan Sandra, yang bernama Kay LaFrance. Anak kucing tuh dinamakan Toulouse oleh Kay. Bila dah besar, Kay kahwinkan pulak Toulouse dengan lain2 kucing. Hasil perkahwinan tu banyak laa kucing berkaki pendek yang dibiakkan. Tercatat laa dalam sejarah yang kita tauu arini bahawa Blackberry dan Toulouse nih adalah permulaan baka Munchkin. Pada masa kucing nih nak femes, ada satu watak orang kerdil dalam cerita The Wizard of Oz yang turut femes. Nama watak nih Munchkin. Dari situ laa kucing berkaki pendek nih dapat nama.

RINGKASAN MENGENAI MUNCHKIN

PENYESUAIAN
Berapa mudah penyesuaian persekitaran
TENAGA
Tahap keaktifan/tenaga
SALIN BULU
Kekerapan salin/gugur bulu
PERGAULAN
Tahap pergaulan
PENJAGAAN
Tahap penjagaan. Mandi/sikat etc2
SOSIAL
Tahap perhatian yang diperlukan
MESRA KANAK-KANAK
Tahap kemesraan dengan kanak-kanak
MASALAH KESIHATAN
Tahap kesihatan
MESRA ORANG ASING
Tahap kemesraan dengan orang asing
KEBIJAKSANAAN
Tahap kebijakan

Pengenalan kucing MUNCHKIN Pengenalan kucing MUNCHKIN Reviewed by xtreme_paranoid on 11:22 Rating: 5

1 comment:

  1. Sesama blog kucing

    Informasi artikel ras kucing , perawatan kucing dan semua tentang kucing kunjungi Kunucats


    Ditunggu kunjungan nya min

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.