Jenis makanan kucing (Kibbles)

Makanan kucing sangat penting. Ye laa..kalau xde makanan kucing, kucing kita nak makan ape kan? Takkan nak makan kerusi kot? Haha. Ni ade sedikit penjelasan pasal makanan kucing nih
Makanan kucing terbahagi kepada 3 bahagian

Super Premium/Holistik
Makanan jenis nih adalah yang paling mahal dalam pasaran. Selalunya boleh didapati kat klinik haiwan atau pon kedai haiwan. Kalau dah habis stok, memang pening la kepala. Kadang2 ade sesetengah brang tu, satu daerah..1/2 kedai je jual
Premium
Ni pulak lebih kurang sama macam Super Premium/Holistik. kalau mengikut pembacaan, kualiti je yang membezakan
Komersial
Paling banyak dalam pasaran. Iklan pasal makanan macam ni kita boleh jumpa kat mana2 termasuk lah surat khabar, TV, majalah dan sebagainya. Selalunya makanan jenis macam nih, kibbles dia berwarna. Kalau makanan basah lak, satu pack bawah RM2 je. Murah sekali compare dengan yang dua atas tuh. Ada jual kat kedai runcit, pasar ataupon 7Eleven.



PERBEZAAN JENIS MAKANAN

Apa yang paling ketara ialah kandungan atau bahan makanan tu. Kualiti makanan kucing korang boleh semak dari label pack makanan tuh. 5 yang paling utama dalam list tu menentukan kualiti makanan tuh. Selalunya makanan yang berkualiti mengandungi bahan2 macam Isi Ikan Salmon, Daging Ayam, Daging Ayam Belanda, Daging Rusa dan macam2 lagi la. Kene paham, sebab sesetengah label memang English je, takkde Bahasa Melayu.

Makanan yang rendah kualiti die akan tulis sebagai BY-PRODUCT. Ape maksudnya? By-Product nih maksudnyabahagian haiwan yang kita tak makan langsung. Contohnya macam kepala ayam, paruh ayam, kaki ayam, bahagian organ dalaman, kulit dan lain2 lahh. Kat label dia akan tulis macam nih:

Chicken BY-PRODUCT.
Beef BY-PRODUCT.
Lamb BY-PRODUCT.
Isikansendiri BY-PRODUCT. ETC2

Memula nampak, memang macam good2 je kan? Wah ade daging ayam/rusa. beli jee. korang tak sepatutmya bagi makanan macam nih sebab memang takde vitamin/nutrisi pon. Sisa2 haiwan yang memang sepatutnya dibuang dan tak dimakan. Kesian dekat kucing tuh. Tu laa sebab kebanyakannya murah. Kalau dibandingkan dengan yang premium/super premium..nampak sangat beza. Makanan berkualiti rendah nih die selalunye kering, tak berminyak/omega dan diwarnakan

KUCING AKU MAKAN ELOK JE? Kenyang golek2

Mentaliti. Memang kita nampak kucing kita elok je sihat dan kenyang. Tapi jangka masa panjang, owner yang susah. Kesian kat kucing kalau ade macam2 penyakit nanti. Lagi satu, untuk makluman..kucing memang akan nampak kenyang kalau makan makanan yang murah  atau tidak berkualiti ni. Ini adalah disebabkan oleh karbohidrat dalam makanan kucing tu. Lebih dikenali sebagai FILLER. Filler ni memberikan rasa kenyang yang lama tetapi takk bagi ape2 pon vitamin atau nutrisi. So adalah lebih elok elakkan makanan kucing yang ada filler ni. Sealunya filler yang digunakan ialah:

Corn or wheat gluten
Cornmeal
Ground wheat
Cellulose
Brewer's rice

MAKANAN YANG ELOK? Macam mane?

Cari laa makanan yang Premium, atau lebih elok iaitu Super Premium/Holistik. Makanan kering yang elok mesti ada kandungan proteian minimum 33%. Kalau ada jumpa lagi banyak protein, lebih bagus. Contoh makanan pemium adalah seperti Royal Canin, Blackwood, Equilibrio atau Happy Cat. Kalau super premium/holistik lak macam Orijen atau Evo. Ni yang terlintas dalam pikiran admin buat masa ni. Ade banyak lagi, korang boleh tengok dekat klinik haiwan atau kedai haiwan yang terdekat. Harga bergantung kat lokasi masing2. Lepas tu sekarang nih banyak dah naik harga lepas matawang Malaysia jatuh terokk


Sebagai owner, sepatutnnya kita memilih makanan yang terbaik untuk kucing kita. Takkpe keluarkan belanja lebih sikit sebab nanti kalau sakit, lagi banyak belanja kene keluar. Lagipon kucing tu kan da macam ahli keluarga kita sendiri. Nak ke ahli keluarga sendiri sakit?
Jenis makanan kucing (Kibbles) Jenis makanan kucing (Kibbles) Reviewed by xtreme_paranoid on 14:02 Rating: 5

17 comments:

  1. Hai. Terima kasih sudi share mengenai makanan kucing. Saya beli super premium, tapi bila tengok ingredients ada corn & wheat. So how? Tq.

    ReplyDelete
  2. Mmg ada corn & wheat, tapi pastikan kandungan Protein 33% or more UTK kesihatan si bulus.

    ReplyDelete
  3. Prodiet dan greens adakah bagus utk kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prodiet tidak digalakkan sbb berwarna dan byk garam boleh menyebabkan batu karang atau kidney failure. Jenama green adalah yg sebaiknya.

      Delete
  4. Thx sudi share tips.. btw nk tnya kucing saya mkn dry food royal cnin.. skrg ni nampak dia tak minat lgsung sampai susut bdn dia..trpksa saya bg wetfood brand fussie cat memanjg.. kalau saya terus memberi wetfood pda kucg sya tiap hari ..adakah menjejaskan kesihatan dia.. atau baik2 saja... pls pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerap memberi makanan basah pd kucing boleh menyebabkan masalah pada gigi kucing. Makanan kering boleh membersihkan serta menguatkan gigi kucing.

      Delete
  5. Hai.. Nak tnye.. Sy ade beli cat food premier brand petland tp protein 26% je. X elok utk kucing ye?

    ReplyDelete
  6. Lg 1 brand miko.. Yg tu ok x.. Yg mne ok? Sebab kucing sy byk.. X mampu nk beli yg mhl2 sgt..

    ReplyDelete
  7. Sy pkai leornado..wlpn harga kaw2 tapi kucing mmg mkn sikit je dh kenyang..sihat..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. Sy pakai prodiet kitten pnya dy tgk dy tulis kt situ 32.00% dan makanan dia x berwarna..ok tak klu mcm tu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je kalau tak berwarna protein tinggi. Cuma pastikan kandungan garam rendah. Kalau tak pasti rasa dulu kibbles tu

      Delete
  9. Saya bg kucing saya Royal Canin Hair & Skin campur dengan Taste of The Wild Rocky Mountain. Ok tak?

    ReplyDelete
  10. Terima kasih berkongsi. Doakan kucing saya sihat 😭

    ReplyDelete
  11. Saya bagi Kucinta Dry Food,blh x

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas artikel yang sangat berguna

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.