22 tips travel/melancong dengan kucing

Kebanyakan kucing, deorang bukan laa pelancong yang bagus. Deorang bukan suka travel jauh2 pon. Kenbanyakan kucing nih lebih selesa dalam territory atau kawasan deorang sendiri, lagi2 kalau kucing tu kucing jantan.

Tapi kadang2 memang tak boleh elak. Macam contoh kalau terpaksa bawak jugak sebab lambat booking tempat boarding. Pastu mungkin terpaksa cari klinik haiwan jauh dari rumah sebab klinik selalu pegi tutup mase Public Holiday. Kat sini admin nak kongsi tips2 yang sangat berguna. Ada 30 semuanya.


GENERAL

01. Sentiasa bertenang. Kucing mudah sangat stress. So kalau dalam pemanduan, kalau kita mudah sangat maki2 pemandu lain atau pasang lagu kuat2..kucing yang travel dengan kita akan cepat stress. Bila da stress tu, macam2 la perangai. So kita kene sentiasa tenang, untuk memastikan kucing kita tenang jugak sepanjang perjalanan.

02. Kebanyakan kucing amik masa untuk bertenang. Kalau kucing asik mengiau sepanjang 20 minit pertama perjalanan, kita kena terus bertenang. Dalam setengah jam baru die akan slow2 bertenang. Macam tu laa selalunye. Bagi masa skek kat deorang. Dalam 20 minit pertama mungkin deorang akan merayaou abes satu kete. nanti sedar2 dah tidor. Takk pon dodok kat cermin belakang tgk kete

03. Sesetengah kucing ada yang akan cool je kalau die dah familiar dengan perjalanan tuh. Lagi2 kalau dari kecik memang ajar travel same2. Contoh balik kampung. Kalau nak ajar, biar dari kecik. Kalau dah besar, akal deorang panjang skek.

KESELAMATAN

04. Sentiasa dalam carrier. Ni kalau memang jenis suka berjalan dalam kete.Pastikan deorang sentiasa dalam carrier sebab kadang2 deorang boleh buat pemanduan bahaya. Ade yang jenis mudah tertarik dengan mende2 yang deorang tak pernah tengok. Buatnye tetibe dia melompat depan cermin atau atas steering, kan bahayaaa

05. Jangan biarkan kucing keluar semasa tingkap atau pintu terbukak. Kalau dia melompat keluar bahaya laa kan? Lagi kalau melompat teros tak jumpa. Sadiss

06. Jangan biarkan kucing keluar semasa kereta berhenti. Kalau perlu, make sure dengan harness. Kecenderungan deorang lari tu amat tinggi kalau dia nampak persekitaran yang asing. Lari dekat2 boleh la amikk semula, kalu lari depan kete tengah bergerak? Dah jadi cite tragis lak

07. Pastikan kucing tuh ade collar dengan tag ID. Letak la name dengan no phone korang. Kalau ade microchip pasang siap2 lagi best. Idea yang paling baik.

08. Kucing mesti diletakkan ditempat yang ada pengaliran udara baik dan selamat. Jangan letak tepi tingkap atau dalam bonet. Kalau tepi tingkap mau mabuk kembong angin semua. Dalam bonet memang menggelupor lahhh

09. Jangan sesekali tinggalkan kucing dalam kereta walaupon sekejap. Nanti balik ete dah berbuih mulut, panik camne pon tak berguna dahh

PERSEKITARAN KUCING

10. Bagi ruang secukupnya untuk kucing. Carrier kalau boleh biar ada ruang untuk dia berpusing-pusing dalam tuh.

11. Letak alas kain yang ada bau korang/dia. Biar dia rasa tenang dan selesa dengan bau tuh. Seeloknya seminggu sebelum tu biar mane2 baju takk pakai dalam sangkar atau kat kotak mainan deorang. Biar bau lekat kat baju tuh.

12. Sediakan mainan kucing. Kalau boleh biar lebih dari satu. Bagi gilir2 sampai dia bohsann. Bila nampak bosan tu, tukar dengan mainan lain. Boleh rotate kalau ade lebih dari satu mainan


MAKANAN, MINUMAN DAN NAJIS

13. Kebanyakan kucing memang kurang atau taknak langsung makan dan minum kalau dalam perjalanan. Korang jangan panik sampai suap2 pulak makanan tuh. Wat lekk je

14. Gunakan tempat buang najis yang kecik. Sediakan bila perlu. Bila masa berhenti tu, try ajak die buang najis.

15. Sediakan tisu dan plastik. Nih sangat berguna kalau kucing korang berjaya buang najis. Kalau xde tempat pembuangan sampah, simpan dulu. jangan main campak je tepi jalan. Bungkus dengan 3/4 lapisan beg plastik. So kompom xde bau harum tu keluar. Bile berhenti, ternampak tong sampah..baru buang.

16. Bekas makanan dan minuman biar besar dan dalam. Pastu letak laa sikit2. Ni untuk mengelakkan tumpah mase kereta bergerak. Kalau tumpah jugak, lap la. Jangan mengamok2 pulak.

17. Boleh jugak ajar kucing dengan botol air macam hamster tuh. Kalau ade makanan feveret dia, bagi kena muncung botol tuh. Kalau ade wetfood lagi senang. Sapu je kat muncung botol tuh. Nanti slow2 dia akan pandai guna botol tuh. So nanti bila dalam perjalanan, tiada langsung risiko air tumpah dalam kereta

18. Kalau kucing ada jadual makan lagi elok. Bagi ikut jadual makan biasa deorang. Berhenti kat mane2 perhentian, bagi makan dan minom. Bagi admin, macam nih lagi elok.

19. Kalau agak2 rase kucing tu jenis mabuk dalam perjalanan. jangan bagi makan dalam masa 2 jam sebelom perjalanan

20. Hanya bagi makanan yang deorang dah biasa. Jangan cuba2 pandai sendiri bagi makanan yang deorang tak pernah makan. Kalau dalam perjalanan ada masalah perut, korang jugak yang serabut. nak cari doktor haiwan mane tengah perjalanan? Pastu kalau kene cirit-birit, pening laa kepala korang.

TIPS LAIN

21. Kalau rase melancong agak lama, rancang betul2. Ada hotal yang x menerima pet masuk dalam hotel. Kalau boleh cari la hotel yang terima pet.

22. Jangan mudah cuak dengar kucing meow takk berhenti. Memang ada kucing yang akan meow macam kucing gila, tapi kebanyakannya akan tenang lepas tuh. Kita nih kena fokus kat jalan. Ni nanti serabut nak sebuk2 tengok kucing tu meow, pemanduan dah takk betul. Kalau ada lebih sorang dalam perjalanan tuh, kejap2 suruh laa dia jenguk kucing kat carrier tuh.

Ade sambunagn lagi nih..nanti admin update
22 tips travel/melancong dengan kucing 22 tips travel/melancong dengan kucing Reviewed by xtreme_paranoid on 15:58 Rating: 5

No comments:

.
Powered by Blogger.