Bahasa tubuh kucing. Pahamkan

Kucing boleh berkomunikasi dengan manusia. Takk percaya? So kat sini korang kene belajar sikit. Kucing memang takk boleh berkomunikasi bercakap macam manusia. Tapi deorang menggunakan bahasa tubuh. Kesian deorang kalau owner sendiri pon x paham ape deorang nak sampaikan. Kat sini ada sedikit maklumat untuk memahami atau cara berkomunikasi dengan kucing

Ekor lurus ke atas dengan sedikit bergulung dihujungnya: Kucing dalam keadaan tenang
Bulu ekor berdiri tegak: Kucing berasa terancam
Ekor bergerak-gerak/melibas: Kucing berasa happy/gembira
Bulu ekor tegak ke atas tetapi ekor mengarah ke bawah: Kucing berasa marah atau takut.
Anak mata membesar: Kucing tenang/takut/marah
Renungan tajam dan tidak berkedip: Kucing sedia untuk menyerang
Kucing berkedip mata perlahan-lahan: Kucing menunjukkan rasa sayang atau percaya
Menggosok badan/menggesel: Kucing menanda atau mengakui korang milik dia
Ciuman dengan hidung basah: Suka atau sayang
Menggeselkan kepala/badan/ekor: Gembira dan menyambut kedatangan
Menghembus/cium muka: Sedang mengenalpasti tuan/kawan
Mengurut2 kanan dan kiri kaki dengan kuku dikeluarkan: Kenal dan tinggi kepercayaan
Cuba makan atau jilat rambut/bulu roma: Sangat sayang dan percaya
Gigit tidak kuat: Peringatan untuk suruh pergi jauh
Gigit kuat2: Geram sangat dahh/dendam kesumat/hilang pedoman hidop untuk sementara
Bulu ekor tegak ke atas, lepas tu ekor bergulung huruf N: Sangat marah, sedia untuk bergadoh/mempertahankan diri

Bawah ni pulak ade gambaran sedikit bahasa tubuh kucing. Boleh laa tengok2

Semua ni depends dekat keadaan semasa jugak. Takk 100% betul atau tepat sebab lain kucing lain bahasa tubuh. Tapi secara umumnya macam dalam list atas nih laa
Bahasa tubuh kucing. Pahamkan Bahasa tubuh kucing. Pahamkan Reviewed by xtreme_paranoid on 14:55 Rating: 5

No comments:

.
Powered by Blogger.