Kucing dan hairball. Tak perlu panik

Sapa2 yang baru bela kucing perlu tau bende nih. Supaya nanti korang tak panik bila nampak mende alah nih. Pastu korang jangan rase noob gile kalau tak tau mende nih sebab orang yang dah bela kucing bertahun pon ada yang tak tau apa itu hairball. Hair ball ni dalam Bahasa Malaysia adalah bebola bulu. Hairball nig x semestinya berbentuk bulat. Dia selalunya memanjang, dan kalau baru keluar dari mulut kucing kompom basah berlendir.


Hairball ni terjadi bila kucing terlalu banyak telan bulu dia. Dia kan slalu grooming sendiri, jilat2 bulu. Masa tu laa bulu nih lekat kat lidah dia, dan masuk dalam mulut kucing.Kalau tengok lidah kucing, dia kan macam menggerutu. So kucing memang tak boleh nak bagi bulu tu tak masuk mulut. Kalau kucing korang pandai meludah, kompom xde masalah hairball nih. Semua jenis kucing akan ada masalah hairball nih, tapi kalau kucing bulu panjang lagi kerap laa. Ketebalan dan panjang bulu kucing nih memainkan faktor utama berapa kerap hairball tu keluar

Bahaya hairball untuk kucing

Hairball ni ada bahaya dia. Bahaya paling utama adalah kalau hairball nih tersangkut kat usus. Ada kes yang kucing memang tak boleh keluarkan hairball nih, die kekal dalam usus kucing. Kalau sikit2 xper, tapi bila banyak tu bahaya sebab dia akan sekat abis saluran tuh.
Pemilik kucing memang payah nak tau, kecuali kucing dia blh cakap bagitau. So pemilik kucing kena perhatikan beberapa tanda utama macam batuk kering. Lepas tu selalunya kalau dah tersekat hairball tu, dia akan kurang selera makan atau xmo makan terus.
Selain tuh, kucing yang dah agak berusia pon makin berisiko tersangkut hairball nih. Ini adalah disebabkan sistem percernaan kucing tu yang semakin lemah. Kalau dah lemah, dia takkan berupaya nak keluarkan hairbal tuu

So kalau tau atau nampak tanda2 tersangkut hairball nih, cepat2 la bawak pegi jumpe doktor haiwan. Korang jangan pandai2 cuba keluarkan sendiri, nanti makin terok lak

Hairball. Cara rawatan dan pencegahan

Grooming/berus selalu bulu kucing

Kucing memang akan ada bulu gugur setiap masa. Kalau term biasa, dead hair. So bila kita grooming atau berus2 bulu nih, hairball yang jkucing akan kumpul makin sikit. Jadi daripada dia telan bulu2 tu, baik kita tolong dia. Pemilik pon sambil2 tuh boleh belek kucing tu. Mane tau ade kutu/kurap atau penyakit kulit yang lain

Makanan tinggi fiber


Kucing yang ada masalah hairball kronik nih, perlukan perubahan dalam pemakanan. Makanan yang tinggi fiber boleh membantu pergerakan bulu dalam perut kucing sebelum terjadi hairball nih. Tetapi seeloknya jangan ubah secara drastik, slow2. Kalau perlu dapatkan nasihat doktor haiwan. Kalau kat market malaysia nih, jenama Taste Of The Wild recommended. Dia memang tinggi fiber dan baik untuk kucing.

Rumput/Pet Grass


Sekarang nih pon ade jual rumput untuk haiwan. Kalau tak silap nama dia Pet Grass. Ada jual dari benih atau dah siap jadi rumput. Memang membantu jugak. Memang kadang2 kalau kita lepas kat taman, dia akan makan rumput. Tapi kita takk tau rumput apa dia makan. Bahaya atau tidak. So elok laa beli rumput nih, tanam sendiri. Then bagi kucing kita makan sikit2.

So conclusion dia, takk perlu panik ;)
Kucing dan hairball. Tak perlu panik Kucing dan hairball. Tak perlu panik Reviewed by xtreme_paranoid on 14:13 Rating: 5

8 comments:

  1. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak banyak untuk info ni,sangat membantu!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak banyak untuk info ni,sangat membantu!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info tersebut untuk kucing kesayangan...😊

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk info membantu sangat ☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  6. teima kqsih untuk info sangat2 membantu..Kucibg saya bru je muntah hairball ni..Panic tu yg membawa sy cr kat Google n jumla blog ni..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Kalau kucing kerap muntah bulu iaitu ok ke atau tak oj?

    ReplyDelete
  8. Tq. Tapai kat mana kita boleh dapatkan pet grass ini. Ia juga sesuai kan tuk elakan terjadinya hairball

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.