Dilema memilih dan membela kucing


Ini antara masalah utama untuk sesiapa yang baru nak bela kucing. Beberapa perkara korang kene pikir atau study dalam buat keputusan nak pilih kucing tu. Ini adelah sebab komitmen yang diperlukan dalam membela kucing. Komitmen yang berlanjutan sehingga 15 tahun kehadapan. Oleh itu, kucing yang dipilih mestilah tepat dan betul. Banyak perkara yang mesti difikirkan. Kat sini ade serba sedikit maklumat

Anak kucing atau kucing dewasa?
Anak kucing memang nampak cute, suke bermain dan manja. Dalam pada masa yang sama deorang nih nak perhatian yang lebih. So pastikan korang boleh agak masa bila atau berapa lama korang boleh luangkan masa dengan anak kucing tu. Lepas tu anak kucing nih, korang tak boleh agak keperibadian dia bila dah besar. So korang kena bersedia mental dan fizikal.
Kalau kucing dewasa lebih tenang dan x berapa aktif berbanding anak kucing. Apa yang korang nampak dari peribadi kucing tu..tu laa karakter sebenar dia. Tapi kucing dewasa nih amikk masa lebih sikit laa untuk manja. Sebab dah bertukar family kan. Kalau korang pon kalau tetibe kene masuk family orang laen, terkejut jugak sebulan dua. Kesabaran tu penting nak bagi dia percaya kat korang

Keluarga
Bila pilih kucing nih, kene fikir pasal keluarga jugak. Anak kucing dengan budak2 kecik (tadika dan kebawah) selalunya kurang ngam. Kurang ngam kat sini dari segi perhubungan laa. Anak kucing nih sensitip, salah sikit boleh membahayakan anak kucing tu. Pastu budak2 kecik lakk buat satu benda tak boleh pikir baik buruk. Takut anak kucing tu kena ape2 kalau takde pengawasan orang besar. Budak2 kecik ni kalau pegang kucing, dia akan grab mana2 je. Telinga, ekor, kepala bulu. Anak kucing pulak agak sensitip, so bahaya sangat. So perlu pikir betul2 laa. Lepas tu kalau ade yang alahan, kene
tengok jugak. Ade yang lame2 boleh hilang alahan tu. Ade pulak yang takk boleh hilang terus.

Personaliti kucing
Kucing sama macam orang jugak, takde personaliti yang sama walaupon daripada rahim yang serupa. Korang sebelum amikk kucing tu kalau boleh amik masa sikit laa nak kenal betul2 kucing tuh. Ada kucing yang takk kisah kene pegang selalu, diangkat2 dan macam2 lagi. Kucing macam nih memang mudah dan takk pening kepala sangat. Tapi ade kucing yang lasak, buas dan tak suka dipegang sangat. gesel2 pon bila dia nakk je. Ni jenis pandai berdikari atau main sorang. So kenal laa betul2.
Personaliti kucing ni jugak berbeza mengikut baka/jenis, terutamanya yang jenis tulin atau pure breed. Sebagai contoh, persian sangat manja. Perlukan perhatian lebih. Bengal pulak sangat2 laa aktif dan pandai berdikari. Takk suka dipegang dan kerap berbunyi.

Bulu panjang atau pendek
Ini bergantung kepada kemahuan sendiri. Ada yang minat bulu panjang, ada yang minat bulu pendek. Bulu panjang memerlukan penjaan yang lbih rapi. Kena sikat bulu dia selalu, anta grooming. Kalau mandi kena pastikan betul2 kering. Selak2 bawah bulu tu semua. Tengok kalau2 jadi tempat pembiakan kutu. Ada sesetengah kucing, korang terpaksa hantar grooming sebab kalau buat sendiri makan masa. Alat pon takk cukop. Bagi bulu pendek lakk, tak memerluka penjagaan serapi yang berbulu panjang. Tapi perlu jugak berus atau sikat untuk buang mana bulu yang dah gugur tu.

Pure breed atau mix breed
Pure breed memerlukan belanja ataupon kos yang lebih sebab harga dia jauh beza dengan mix. Harga mengikut kualiti kucing tu sendiri. Ada yang local, ada yang kena import dari luar negara. Baka kucing puling ada banyak jenis. Pilih mengikut minat masing2. Jangan pulak suka kucing lemah lembut gemalai manje, tapi pilih Bengal. Memang huru hara hidop korang salah pilih kucing. Haha

Tempat tinggal kucing
Ni pon penting. Kucing tu nanti nak biar outdoor atau indoor. Bersangkar atau tidak. Ataupon korang dah sediakan satu bilik khas untuk kucing tu. Lepas tu tengok jugak rumah korang jenis ape. Kalau jenis apartment/flat, korang x sepatutnya biar kucing ju outdoor. Sebab nanti buatnye dia terjun ke bawah menangis korang nanti. So kene pikir dalam2 laa. Kalau rumah landed (bertanah), tak pe laa, boleh biar kucing tu bebas outdoor. Kalau indoor, korang kene pastikan semua kelengkapan cukup. Pengudaraan kene cemerlang. Kalau Bersangkar pulak, kene pastikan ada masa deorang boleh keluar dari sangkar tu. Jangan buat kucing macam binatang dalam zoo, berkurung setiap masa.



BERTANGGUNGJAWAB. Kesimpulan kalau korang nak bela kucing. Banyakkan membaca dan belajar ;)
Dilema memilih dan membela kucing Dilema memilih dan membela kucing Reviewed by xtreme_paranoid on 16:24 Rating: 5

No comments:

.
Powered by Blogger.