Pembedahan Spay/Neuter kucing

Spay/Neuter/Kasi/Sunat/Kembiri/Mandul adalah proses pembedahan untuk mengelakkan kucing boleh membiak. Secara khususnya SPAY adalah untuk kucing betina, manakala NEUTER untuk kucing jantan. KASI/SUNAT/MANDUL dalam Bahasa Melayu, xde pengkhususan mengikut jantina. Janji benda same kan? Aktiviti ni memerlukan kita untuk hantar kucing kita kat doktor haiwan. X boleh buat sendiri, bahaya. korang jangan pandai2 pulak buat sendiri, kecuali laa korang tu doktor haiwan yang bertauliah. Setakat bedah katak atau tikos putih kat makmal sekolah, tu belom cukup layak ea.


Kat entry nih, admin gunakan perkataan SUNAT bagi kata ganti untuk Spay/Neuter/Kasi/Kembiri/Mandul nih ea. Nanti guna perkataan macam2 korang pening lakk.

APA KEBAIKAN SUNAT KEPADA KUCING

Mengurangkan bilangan kucing/mengawal populasi
Ini tak kisah lah untuk kucing yang kita bela atau tidak. Bagi kucing yang kita bela, pertambahan kucing dalam rumah akan memberikan kita lebih komitmen. Bayangkan kalau duduk rumah apartmen/flat dengan 6/7 ekor kucing. Bilik lak ade 2/3 je. Dekat situ nampak takk yang komitmen kene lebih dari biasa? Makanan/grooming/mainan/pasir etc2. Pastu kalau kucing yang terbiar, kan kat sekeliling kita dah banyak. Pegi je kedai makan, mesti ade penghuni syurga ni mintak makanan. Kalau yang ade cat lover, boleh laa deorang isi perut. Kalau jumpa yang bukan pet lover, tak ke kesian? Lagi kalau yang kecik2 tuh. Kalau sunat yang betina, dah dapat kurangkan populasi stray cat ni kann

Kesihatan/keselamatan kucing
Terbukti dalam bidang perubatan, kucing yang dah sunat ni jangka hayat deorang lebih panjang. Ni termasuk laa boleh mengelakkan penyakit2 yang merbahaya seperti infeksi pundi kencing atau masalah rahim. Selain dari tu, kucing yang onheat nak mengawan nih deorang lebih buas atau aktif dari biasa. Kadang2 merayau jauh dari rumah. Kalau indoor cat lak, bile takde pasangan untuk mating..gelisah je nak keluar rumah. Bile terlepas or merayau je, bimbang jadi pape lak dekat deorang. Makan makanan yang kita taktau, nanti penyakit lain pulak dapat. Lepas tu takut ape2 jadi bile melintas jalan tu. So dari segi kesihatan/keselamatan tu, sunat nih lebih baik laa.

Mengawal tingkahlaku
Bagi kucing jantan, bila dah onheat ni deorang suke kenciing memancut kat mane2 je. Kucing betina pon kadang2 ade perangai camnih. Sleain tuh, kadang2 deorang akan lebih kerap meeoowww dari biase. Kadang2 ade sesetengah owner nih tak tahan. Haha. Kalau ade lebih dari sekor kucing jantan dalam rumah, deorang akan lebih kerap gaduh untuk menunjukkan sape lebih dominan. Lepas tu korang jugak akan nampak deorang lebih agresif dari biasa. Berlari/memanjat tanpa hala arah tujuan. tu bukan tanda kucing korang kene sampok, tapi onheat. :D Bila dah bagi sunat, bende nih akan kurang atau takde langsung.

SOALAN YANG SELALU BERMAIN DI MINDA? Try tengok sini

Sunat kucing ni akan mengubah personaliti deorang ke?
JAWAPAN: Tidak sama sekali. Kucing korang xkan menjadi lain langsung, tetap macam biasa. Ade yang cakap kucing akan lebih malas. Salah tuu. Kalau nampak malas sebab owner kucing tu sendiri. Sepatutnye owner perlu bagi masa untuk main bersama-sama.

Bila perlu Spay/Neuter/Kasi/Sunat/Kembiri/Mandul kucing?
JAWAPAN: Selalunye waktu paling baik adalah sekitar 5/6 bulan usia deorang. Kiranya sebelum deorang onheat untuk kali pertama. Bagi kucing betina, risiko kanser payudara lebih tinggi kalau kita biarkan dia onheat beberapa kali sebelum pergi sunatkan deorang. Selain tuh, kalau masih muda nih, proses sunat pon lebih senang dan risiko lebih kurang berbanding sunat bila dah lanjut usia/monopaus/kertu/bujang terlajakk

Apa yang perlu dibuat sebelum proses sunat nih?
JAWAPAN: Make sure kucing puasa 10 jam sebelum proses sunat. Kalau perut penoh Royal Canin/Blackwood, proses nak sunat tu jadi susah sket laa.

Apa yang perlu dibuat selepas proses sunat nih?
JAWAPAN: Biarkan dekat klinik haiwan tu, mengikut penjelasan doktor. Kalau baru operate nih, kucing lebih fragile. Perlukan penjagaan lebih. Ade klinik yang operate pagi, petang boleh ambikk dah. Datang lagi bila nampak ada masalah atau untuk cabut benang je. Lepas tu bila dah bawak balik rumah, make sure korang sediakan tempat kurungan yang selesa dan selamat. Alas pastikan dengan kain yang lembut. Pastikan sangkar berada pada tempat yang redup/gelap, jauh dari gangguan manusia atau haiwan lain. Kalau boleh biar yang senyap sunyi. Selalu periksa luka jahitan. Pastikan takde nanah, bengkak atau darah. kalau ade bawak jumpe doktor tu semula cepat2. Kalau ade kon collar lagi elok, untuk elak die jilat luka tu. Nanti bila luka tu basah, mudah terkena infection kuman lak

Tempoh sembuh selepas proses sunat?
JAWAPAN: Kucing akan sedar sepenuhnya dari pengsan kesan bius/anestesia dalam masa 2 hari. Luka pulak akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Inagt, lepas tu kene pegi lagi skali jumpa doktor untuk bukak jahitan tuu

Kos yang terlibat untuk proses ni A hingga Z? Kos lengkap?
JAWAPAN: Selalunya yang jantan lebih murah berbanding betina. Jantan around RM80 sehingga RM130. Betina lak RM120 Sehingga RM200

Apa hukum sunat kucing? Mengikut pandangan Islam.
JAWAPAN: Soalan nih, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama. Tapi sebab kita kat Malaysia, admin mengikut Fatwa Jakim..
Menurut Keputusan Panel Kajian Syariah JAKIM pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.
Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.



Kesimpulannya, kita sebagai pemilik kucing perlu membuat keputusan yang terbaik. kalau mampu, boleh je takk sunatkan kucing korang. Jangan pulak takk mampu, tapi taknak sunatkan kucing. Bila dah beranak banyakk, sebuk cari tempat nak buang anak kucing. Berdosaaa
Pembedahan Spay/Neuter kucing Pembedahan Spay/Neuter kucing Reviewed by xtreme_paranoid on 13:34 Rating: 5
.
Powered by Blogger.