Bila, berapa banyak dan apa kucing perlu makan


Berapa kali nak bagi makan?

Biasanya kucing perlu diberi makan 2 kali sehari je. Sekali pada pagi, pastu lagi sekali pada petang atau lewat petang. Ni untuk kucing dewasa laa. Cara makan camni perlu sebab untuk membentuk nafsu makan dia dan jugak mengawal pemakanan dia. Pemakanan yang teratur mengikut jadual ni jugak memudahkan owner kucing untuk tahu kucing sihat atau tidak. Kalau agak kurang selera makan tu, mesti ada yang takk kena. Kalau anak kucing yang masih lagi dalam proses pembesaran pulak, seeloknya kene sentiasa pastikan makanan tersedia. Tapi perlu ingat dan berhati2 sebab takut makanan tu tercemar atau anak kucing boleh otomatikk BMI die lebih (obesiti). Kalau makanan basah lain pulak cara dia. Kene bagi dan tunggu sampai habis. Kalau ade balance kene buang teruss.

Pemakanan berkhasiat

Pemakanan untuk kucing seharusnya seimbang laa. Pastikan makanan tu ada vitamin dan nutrisi yang mencukupi. Keperluan vitamin dan nutrisi untuk kucing dewasa atau anak kucing berbeza. Jangan beri makanan kucing dewasa dekat anak kucing. Kandungan dia berbeza. Kalau nasib takk elok boleh mendatangkan masalah serius pulak macam masalah ginjal. Saiz dia pon berbeza. Makanan kering untuk anak kucing lebih kecil. Kalau makanan basah, kandungan dia lebih hancur. Salah saiz, silap2 boleh tercekik pulak.



Makanan macam mana?

Makanan untuk anak kucing seloknya biar yang protein lebih tinggi. Kalau makanan premium selalunye die ade tulis kat label/packaging tu. Makanan kurang premium nih, kadang2 label pon takk berapa betul. So jangan mudah terpengaruh. Research dan cuba, tengok mana yang okay atau rasi. Kuantiti makanan untuk setiap kucing berbeza mengikut saiz atau keadaan kucing tu sendiri. Dekat belakang pack makanan memang ade tunjuk maklumat kuantiti makanan ni mengikut berat kucing. Kita boleh ikut maklumat pemakanan nih. Tapi kita sebagai owner kene pandai, kalau nampak agak obesiti tu kurangkan sikit2. Lepas tu kalau agak kurang berat badan tak sejajar dengan tumbesaran, bagi laa lebih sikit2 makanan dia tuh.

Kucing kurus? Gemook?

Cara paling senang untuk tahu kucing korang tu terlebih gemuk atau kurus, dengan merasa bahagian rusuk deorang. Kalau korang dapat rasa tulang rusuk dengan mudah, sampai boleh kira berapa tulang kat bahagian tuh..maknanya kucing tu terlebih kurus. Kalau tak rasa langsung, tu maknanya terlebih gemuk lak sebab tulang rusuk tu semua dah tenggelam dalam lemakk.

Banyak kucing?


Bagi sesiapa yang ada kucing lebih dari seekor, pastikan jugak setiap kucing dapat makan dengan cukup. Sebab kadang2 ade yang jenis kedekut/tamak. Takk bagi kawan die makan. So kalau ade jenis macam nih, pastikan deorang tak makan sekali. Cuba pisahkan masa bagi makan tuh. Selain makanan, air pon sangat penting. Pastikan selalu air ada kat tepi bekas makanan tuh. Air tu kalau boleh tukar setiap kali masa bagi makanan kucing. Nak bagi susu pon boleh, tapi kena pastikan susu yang betul. Bukan sebarang susu sebab susu yang ada laktosa boleh buat kucing korang sakit. Susu manusia selalu minum nih memang selalunya ada laktosa. Cari susu tiada laktosa macam susu kambing atau beli yang betul2 untuk kucing kat kedai haiwan.

Bekas makanan

Bekas tempat makan atau minum kucing tu pon perlu sentiasa bersia sebab bakteria mudah lekat. Kalau boleh pastikan cuci bersih2, lepas tu lap sampai kering setiap satu atau dua hari. Kalau guna makanan basah, basuh laa lepas setiap kali guna. Korang nak ke makan dengan pinggan yang dah guna? Lalu ke? Haha
Bila, berapa banyak dan apa kucing perlu makan Bila, berapa banyak dan apa kucing perlu makan Reviewed by xtreme_paranoid on 09:01 Rating: 5

12 comments:

  1. 2 kali je?mcm pelik,saya bgi 5 kali sehari tak ape ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same ar saya pn ..biase lah kucing kampung je kita asal diamai manje² kt kaki bg makan sejam atau 2 jam krmudian kua rumah dia ad lg bg lagi hahahaha

      Delete
    2. Kalau mcm waktu pg mcm kol 7 sye bg priskis, waktu ptg mcm nk kol 1 atau awal kol 1 sye bg, nnti lewat ptg dlm kol 6 sye bg sbb nk tunggu mlm sampai ke pg esoknye, kalau mcm mlm ade bg dia tulang ii ikan sye bg kalau xde, x de la kalau ade, ade la..... Hah mcm tu

      Delete
  2. Saya punye kucing dewasa mkn sehari 5-6 kali. Sy bg dia mkn wet food dan dry food setiap kali mkn. Tapi dia masih panhat tempat sampah sy cari makanan. X tau nk buat mcmane dgn dia ni🤷‍♀️🤦‍♀️

    ReplyDelete
  3. can i know who the author and what year this publish?? it for rujukan projecg

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.