
Kualiti makanan yang baik. Makanan deorang antara punca utama bulu kucing nih gugur. Makanan kucing yang paling baik adalah makanan yang mengandungi Omega 3. Omega 3 nih dapat menyuburkan bulu kucing dan memastikan bulu tu dalam keadaan sehat selalu. Kucing nih masa tengah on heat ( berahi) dan mase menyusu anak, memang selalu jugak gugur bulu. Nih memang x boleh elak, cume kita boleh control dengan jaga pemakanan deorang la.
Selain tuh pulak, perubahan suhu pon antara punca dia. Samaada suhu panas kepada sejuk ataupon sejuk kepada panas. Masa nih, kucing2 nih deorang akan keluarkan peluh dari kelenjar peluh deorang. Secara tak langsung, bulu akan mula gugur
Kulit kucing yang takk sihat. Kita perlu perhatikan selalu masalah ni. Selalunya kulit tak sihat nih berpunca daripada kutu. Deorang akan mula garu2 kulit tu sampai hilang rasa gatal kutu tu. Kadang2 ade sampai kulit berdarah. Deorang pon tak kesah dah kalau botak, janji takde rasa gatal2. So kita sebagai owner bertanggungjawab pastikan takde kutu kat kucing. Guna ubat kutu ataupon mandikan dengan shampoo anti kutu. Sekarang nih ade kolar kucing anti kutu. Korang bolehh try tgk berjaya atau tak. Admin blom berkesempatan cuba lagik
CARA MERAWAT MASALAH BULU GUGUR NIH?
Grooming/memandikan kucing. Kita sebagai owner seeloknya buat jadual untuk kucing kita. Grooming nih penting untuk kesihatan kulit dan bulu kucing. Kutu pon lari sebab deorang bukan suka sangat air. Lebih elok masa mandi tuh, gunakan shampoo khas untuk kucing. Jangan pulak guna shampoo manusia, nanti lagi terokk gugur abes semua. Selepastu proses pengeringan pon kene betul. Jangan atas je kering, tapi bile selak2 nampak kawasan lembap. Kalau lembap nanti, tambah masalah lain pulak. Masalah kat kulit badan kucing. Pakai blower khas. Kalau xde, hair dryer pon boleh. Tapi pastikan suhu berpadanan.
Sikat bulu kucing. Mase korang sikat2 tuh, dapat asingkan mana bulu yang dah rosak/gugur. Bulu kucing pon akan lebih rapi lepas mana bulu yang rosak/gugur tu takde. Bulu begumpal pon xde. Bulu yang bergumpal ni kutu memang suke laa. Dah beranak pinak nanti, memang gugur abes la semua bulu kucing. Selain daripada tu, aktiviti sikat bulu kucing nih jugak boleh memastikan peredaran darah kucing lebih lancar.

APE-APE pon semuanya bergantung kat kita sebagai owner kucing. kalau owner kucing prihatin keadaan kucing, kucingakan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.
Masalah bulu kucing gugur
Reviewed by xtreme_paranoid
on
16:11
Rating:
