10 baka kucing paling rare. Meh pilih

Kat Malaysia ada macam2 baka kucing. Selalu yang jadi tumpuan macam Kucing Parsi atau Kucing Siam. Setiap baka kucing ada macam2 perangai/karakter/identiti. Sebenarnya kat dunia nih, ada lebih 50 baka kucing. Bilangan sebenar takk dapat dikenalpasti lagi. Ada yang kate sampai 80 lebihh. Post kali nih bukan nak bincang ada berapa baka kucing, tapi nak cerita pasal baka kucing yang paling unik/rare. Ada 10 semuanya. Marii kita tengok satu2.

American Wirehair


Kucing nih tak banyak beza dengan American Shorthair. Kenal JEP tak? Kucing celebriti Malaysia. Haa..macam tuh la American Shorthair.Kucing nih tenang, tak aktiff sangat dan manja. Tapi apa yang membezakan kucing nih dengan baka lain ialah bulu dia. Bulu dia agak kerinting di seluruh badan termasuk laa muka dan misai dia. Tu yang buat kucing nih unik. Sehingga kini, takde lagi mana2 negara melaporkan kucing camni kecuali US. So US claim kucing nih adalah baka asal mereka.

American Bobtail


Muka kucing nih nampak liar, tapi sebenarnye xde beza mana pon dengan kucing biasa. Kebiasaannya dia nih akan nampak sado dari kucing lain. Kuat bermain, suka alam persekitaran dan mudah mesra membuatkan kucing nih boleh menjadi kawan yang baik kepada manusia atau haiwan lain. Ciri paling ketara ialah dia nia ekor kontot/bergulung. Body macam kucing parsi sado.

Burmilla


Bulu silver/keperakan  dengan mata yang bercelak keliling mata. Kucing nih dikatakan setia dengan tuan dia. Suka main tangkap2 barang bila korang baling. Kucing nih sebenarnya terjadi hasil perkahwinan tak sengaja antara British Chinchilla Longhair (Persian) dengan Burmese pada tahon 1981. Kucing nih antara kucing yang popular dekat UK. Kalau ada pet lain, kucing nih pandai sesuaikan diri

Korat


Antara baka kucing yang paling unik dan tertua kat donia nih. Pada abad ke 14, kucing nih dikatakan tinggal dalam istana Siam. Kucing nih dikatakan membawa tuah dan hanya diberi kepada ahli kerajaan ataupon kepada wakil kerajaan luar sebagai tanda hormat.Kucing nih jarang jumpa kat mana2 cat show. Bulu dia mesti warna "blue"ala2 macam British Shorthair yang selalu kita nampak. Tapi tekstur bulu lain. Bentuk fizikal pon agak lain.

Havana Brown


Kucing berwarna coklat dengan mata hijau yang cantik menampak lagi minat orang terhadap kucing nih. Tapi tu laa..susah nak jumpe orang jual. Kalau jual pon kompem harga letop2. Kucing nih memang suke bermain dan lepak kat orang. Suka main tangkap2 jugak, sama macam anjing. Perlu ada manusia sentiasa, atau tak boleh ditinggalkan lama2. Kalau tak mudah sakit atau murung berpanjangan.

Ragamuffin


Kucing nih ada mata yang galak dan besar. Bulu pulak elmbut jee, dikatakan sama lembut dengan bulu arnab. Kucing nih ada bau2 bacang jugak dengan Ragdoll, tapi sangat berbeza dari segi warna. Ragdoll kan satu jenis warna je? Warna color point, macam warna kucing siam tuh. Kucing nih sememangnya berangka besar dan agak kuat/gagah. Takk macam Ragdoll, ragamuffin nih ada macam2 warna.

Turkish Van


Digelar kucing yang paling handal berenang. Mula dikenali sekitar 1800-an. Kucing nih berbulu panjang, dan kalis air. Pada mulanya, kucing nih hanya ditemui sekitar Tasik Van, Turki. Pada 1955, kucing nih dibawak ke England dan dari masa tuh terus femess. Walaupon dah femess, masih lagi kira rare/unik sebab baka nih kerajaan Turki dah claim. So deorang kawal pembiakan kucing baka nih dan takk dibenarkan dah mana2 kucing baka nih dieksport keluar dari Turki.

LaPerm


Kucing nih asalnya kucing terbiar, tinggal dekat bangsal kandang haiwan. Bulu baka nig lembut dan beralun kerinting2 skek. Kalau tau anjing baka Poodle, macm tuhh la. Tapi kucing nih xde  langsung genetik anjing, bukan najis dan tak meragukan langsung. haha. Anak kucing baka nih masa memula lahir memang nampak takk berbulu, tapi lama2 baru nampak bulu dia yang unik tuh. Mula dikenali pada tahun 1982, tapi masih lagi rare atau unik sehingga hari nih

Bombay


Kucing nih dikatakan versi harimau kumbang kecikk. Kucing nih terhasil dari perkahwinan American Sghorthair hitam dan Burmese hitam. Mula dikenali pada tahun 1976, tapi kekal unik dan rare sampai sekarang nih. Kucing nih secara kasar menyerupai kucing Burmese, tapi dia warna hitam dan badan lebih panjang.

Balinese


Kucing nih kalau tengok secara kasar dari segi warna, memang orang susah nak bezakan dengan kucing siam. Perbezaan paling ketara adalah panjang bulu. Kucing siam berbulu pendek, tapi Balinese nih berbulu panjang. Kucing nih maintain rare atau unik sebab anak dia selalunya tak berbulu panjang. So sebab tu rare, susah nampak kat mana2 cat show. Karakter lebih kurang kucing  siam, tapi x kuat sangat mengiau macam kucing siam.

Ragamuffin dalam waiting list admin ;)
10 baka kucing paling rare. Meh pilih 10 baka kucing paling rare. Meh pilih Reviewed by xtreme_paranoid on 17:20 Rating: 5

1 comment:

  1. Kucingku jg burmilla tp warnanya kuning kecoklatan masih 3 bulan jantan

    ReplyDelete

.
Powered by Blogger.